Sebenarnya saya alergik sakan bila dengar atau terbaca frasa “
SJER –
South Johor Economic Region.”
Malah kalau sebut “
Singapore” pun saya mual.
Tetapi kerana nak bawa cerita Johor di landa banjir, maka saya terpaksa tahan rasa loya seberapa yang boleh.
Tetapi itu pun tak boleh lama dan cerita panjang-panjang.
Dalam mementingkan diri masing-masing, ahli UMNO Johor yang mengampu dan menyokong rancangan Dollah Ahmad Nasrul Haq dan Menantunya untuk menjual sebahagian tanah Johor kepada Singapore, sebenarnya mengkhianat bukan saja bangsa, tetapi diri mereka sendiri.
Dan bala dari perbuatan itu sudah pun terlunas awal-awal lagi. Sedarlah bahawa banjir yang melanda kini adalah satu bala!
UMNO dan media belaannya lazimnya akan
kutuk kerajaan negeri Kelantan, laksana Tuhan itu tidak merakamkan dan mereka semua mabuk tuak masam, setiap kali banjir melanda Kelantan.
Tetapi kali ini bila Johor dilanda banjir besar, tidak pula mereka menuding jari akan kejahilan mereka sendiri dalam hal-hal peparitan.
Mengapa?
Malu mengaku bahawa kuasa Tuhan itu tiada tertahan dek manusia?
Mengapa Johor boleh dilanda banjir? Ya lah, memang pun hujan lebat adalah penyebab. Tetapi sebab sebenar banjir ada kena mengena dengan perbuatan Singapore yang mementingkan diri sendiri tanpa fikir kebajikan orang lain. Khususnya kesan terhadap Melayu.
Banjir yang melanda Johor kini sebenarnya telah diramal oleh seorang cendikiawan Melayu dari Universiti Teknologi Malaysia hampir empat tahun dulu!
Sebab hamba Allah tersebut berani membuat ramalan ialah kerana kelebaran Selat Johor telah terjejas di kawasan berhadapan Pulau Ubin dan Pulau Tekong ekoran kerja-kerja menambak laut yang Singapore lakukan untuk membesarkan pulau-pulau tersebut.
Tujuan sebenar Singapore berbuat demikian ialah untuk mensabotaj Malaysia dengan cara menghalang kemasukan kapal-kapal besar ke Pelabuhan Pasir Gudang. Bila pulau-pulau tersebut menjadi besar, laluan Selat Johor menjadi sempit. Dah boleh nampak sebab dan kesan? Mudah kan?
Masalahnya, bila Selat Johor jadi sempit, air yang mengalir dari sungai-sungai Johor membuatkan laut mudah menjadi sebak. Pantang hujan lebat sikit dari biasa, jadilah laksana longkang yang tersumbat. Khususnya bila air yang mengalir dari sungai bertembung di muara dengan air laut yang pasang. Air nak mengalir ke mana? Kalau tidak melimpahi Stadium Larkin dan segala bumi Johor yang rendah.
Tak kan nak tunggu tenggelam Gunung Ledang baru nak sedar! Bahawa berbaik dengan Singapore itu, berlembut dan memberi muka kepada Singapore dalam apa juga hal, adalah khianat yang mengundang celaka.
Tersentuh jua hati saya melihat dan membaca cerita saudara sebangsa dan seagama saya, warga Johor yang mendokong Abdullah Ahmad dan Menantunya hanyut bersama UMNO mereka.
Tetapi apakan daya, itu pilihan mereka.
2 comments:
aku percaya bahawa segala-galanya adalah bala tuhan yang melahanatkan sesetengah daripada bangsa kita.
bila pulak pulau ubin ditambak?..
"Masalahnya, bila Selat Johor jadi sempit, air yang mengalir dari sungai-sungai Johor membuatkan laut mudah menjadi sebak. Pantang hujan lebat sikit dari biasa, jadilah laksana longkang yang tersumbat."<--pahang,melaka pun banjir.. angkara singapura tambak pulau jugak ke?..
"Tak kan nak tunggu tenggelam Gunung Ledang baru nak sedar! Bahawa berbaik dengan Singapore itu, berlembut dan memberi muka kepada Singapore dalam apa juga hal, adalah khianat yang mengundang celaka."<-- bagi muka,berlembut itu siapa suruh?.. nak salah kan singapore atau pemimpin sendirik?..tepuk dada lah beb!!
Paris said...
Ini Singapore memang kejam, kasi runtuh je tu Tambak Johor....mahai sama orang singapore<-- tambak tu kalau roboh siapa yg rugi?.. orang singapore?.. aku tak rasa gitu
Paris said...
Tapi i rasa tu Singapore juga tak patut tambak pasir, tu Johor satu lagi, tu Abdul Ghani sendiri, X berkaliber dan kerja sambil lewa, sekarang baru mau kesal....ini jenis menteri hangat2 tahi ayam je, last minit assignment, ada masalah timbul baru mau keluar ditemuramah, menteri di malaysia semua X berkaliber langsung....yg boleh pakai je i nampak kat Tun Mahathir, Anwar dan Dr. Wong<--tak perlu aku jawab, kau dah jawab sendirik pun..
Post a Comment