Pemuda UMNO terima permohonan maaf Mukhriz
Oleh YULPISMAN ASLI
Mesyuarat itu juga dimaklumkan bahawa Mukhriz akan mengadakan pertemuan yang belum ditentukan tarikh, masa dan tempatnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataannya yang mendapat kritikan banyak pihak.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun tidak ada tindakan diambil, mesyuarat Exco Pemuda telah memberi amaran sekeras-kerasnya kepada Mukhriz supaya tidak membelakangkan prinsip pergerakan itu ketika membuat sebarang kenyataan.
… seterusnya di Utusan Malaysia.
Berbeza dengan barisan pemimpin muda UMNO yang ada kini, Mukhriz sebagai “pendekar politik” telah pun menjalani upacara “berlimau.” Mukhriz telah masuk gelanggang untuk pertarungan yang sebenarnya. Masuk untuk membuktikan silat dan pencak politik beliau bukanlah teori, atau gurauan. Masuk untuk berdepan dengan sepak terajang politik yang berkemungkinan mematikan karier politiknya.
Namun, tiada kejutan besar sebenarnya. Kemenangan Mukhriz telah pun dinujumkan.
Nota: Komentar ini adalah kesimpulan bagi dua komentar sebelum ini tentang kemelut Mukhriz dan Pemuda UMNO.
No comments:
Post a Comment