Saturday, September 13, 2008

Abdullah Badawi Ada Terbilangnya: Mengkucar Kacirkan PAS!

Barokah dan hasil perjuangan Islam itu terzahir pada jawatan kabinet dan Kompressor, Brabus?

Perkembangan terbaru dalam UMNO membayangkan cengkaman Pak Lah ke atas UMNO sudah mula mengelincir. Hanya adat dan adab -- pertimbangan budaya -- massa UMNO saja yang kini memanjangkan nyawa ikan Pak lah sebagai despot parti politik itu.

Itu satu gambar. Tetapi dalam gambar yang lain pula pengaruh Pak Lah jelas sedang mengukuh!

Dalam gambar itu, Pak Lah kelihatan cukup berjaya memecah belahkan solidariti PAS melalui ejen utamannya Mustafa Ali dan lain-lain anggota kawanan yang dikenali sebagai ‘Kumpulan PASUMNO.’

Ironis sekali. Sungguh mempesonakan.

Pak Lah boleh gagal sebegitu teruk mengurus ekonomi negara hingga habis memberontak segmen usahawan negara (etnik Cina) di peti-peti undi PRU ke-12. Pak Lah kecundang sakan mengawal partinya sendiri dan Barisan Nasional. Pak Lah lemau hancai bancai menangani dasar luar negara; malah boleh diberi markah gagal ‘F’ untuk semua bidang kenegaraan – tetapi Pak Lah begitu gemilang dalam menjahanamkan perpaduan Islam-Melayu dalam PAS.

Darihal gambar atau senario semirip, mungkin hanya, budi Subky Latif saja yang menjadi saksi bisu akan darjah kepunahan akal yang pernah diperagakan di lorong-lorong kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur di suatu ketika dalam tahun-tahun awal 1970han dulu. Dan betapa berbiuh mulut al-Marhum Dato’ Asri membaca ayat-ayat mujarrobat demi memastikan satu upacara angkat sumpah Setiausaha Parlimen tidak menggelepar menjadi gawat. Betapa al-Marhum Tun Razak menjeling sangsi.

Langsung membawa saya kepada teka teki yang saya dapati membuntukan.

Apakah aura yang dilihat di wajah Pak Lah oleh pemimpin-pemimpin Islam-Melayu dari Kumpulan PASUMNO justeru menjadikan mereka bertindak dan berfikir laksana khayal terhidu asap, ganja reput berkulat?

Apakah Kumpulan PASUMNO sudah berfikir panjang, membayangkan senario UMNO dan BN setelah Pak Lah pergi membawa diri ke Australia? Apakah dalam senario itu Kumpulan PASUMNO bayangkan kehadiran mereka duduk semeja dalam Barisan Nasional itu direstui dengan lapang dada oleh kumpulan dalam UMNO yang bakal mengambil alih dari Pak Lah?

4 comments:

faridshah said...

Diharap tidak digunakan lagi perkataan 'pasumno'. Nak termuntah rasanya melihat susunan huruf2 itu. Tambahan pula skrg dlm bulan Ramadhan..

Sekian, terima kasih.

Selamat meneruskan penulisan..

IbnuQalil said...

Salam Ramadhan,

Dibulan yang barakah ini, dok dah lah nak fitnah sana fitnah sini. Banyakkan bertaubat.

pemandu teksi said...

Dah lama aku dengar cikgu pa ni jadi penasihat MB ganu tp aku buat tak kisah sgt lah. Tapi bila difikir2kan balik kenapa lak BN nak berpensihatkan orang PAS. Ragu jugak aku..!! Mesti ada yang tak kena ni.. Lani baru aku tau..Aku harap prasangka aku tak betullah. Aku sayangkan parti aku. Semoga Allah melaknatkan barangsiapa yang cuba belot dalam parti yang hendak menegakkan Islam.!

Mazwandi Mustaffa said...

PAS sepatutnya menjadi ketua. Bukan ikut, UMNO, bukan ikut PKR.