Tuesday, September 09, 2008

KEMASKINI: Jawapan UMNO Kepada Kemaraan Anwar

Penyatuan faksyen-faksyen dalam UMNO yang anti-Abdullah Badawi nampaknya berjalan lancar. Sohih kini semangat "perdamaian" telah mendakapi Muhyiddin Yassin, karektor yang di suatu ketika dulu tidak begitu serasi dengan Tun Mahathir.

Diberi perkembangan bergabungnya dua faksyen besar dalam UMNO ini, persoalannya kini bukan lagi mengambil bentuk 'bilakah Abdullah Badawi akan digulingkan?' Sebaliknya, persoalannya telah menjadi -- 'apakah hukuman terhadap Abdullah selepas digulingkan?'

Selepas 4 bulan, Mahathir mahu kembali ke pangkuan Umno
09-09-2008 03:50:18 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan semasa.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir ini.
...
Selengkapnya di mSTAR Online.

1 comment:

Anonymous said...

Dr Mahathir pun ada agenda beliau tersendiri. Sekarang ini alasan beliau nak sertai UMNO semula kononnya adalah untuk memberi sokongan kepada Ku Li. Entah-entah beliau masih ada hati nak jadi PM semula kot. Tua dah Dr Mahathir tu. Kalau tak salah lebih tua daripada Pak Lah. Ada baiknya beliau penuhkan sisa-sisa hidup dengan perbanyakkan amal ibadat..