Ingat lagi “insiden ketuk ketampi”? Dolah bergegas menghantar Noh Omar pergi minta maaf dengan kerajaan Negara
Pertamanya malu kerana dapat pemimpin latah tolol bertindak tanpa usul periksa, selah-olah dalam keadaan terbaik sekalipun, sepanjangnya bersikap hilang punca.
Keduanya malu kerana melondehkan kepada dunia betapa Melayu bangsa teras negara ini, penduduk majoriti selesa di bumi yang sama jadi, begitu takut, ber-inferiority complex tahap melukut kepada public opinion bangsa lain senegara, apatah lagi negara luar.
Krisis mini terkini ialah seputar “lidah asid” Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera. Belum lagi diadakan siasatan dalaman, hatta lepaskan dulu ditangga batuk usaha pura-pura mencari fakta, Dolah sudah arah Ahmad tidak mengulangi “kesalahan.”
Tetapi apa yang sungguh menakjubkan tentang insiden ini ialah perbuatan Najib – bagi pihak dirinya dan Rosmah, serta bagi pihak Ahmad dan UMNO -- minta maaf kepada kelompok-kelompok yang kononnya tersinggung.
Khususnya mengambil iktibar dari “insiden ketuk ketampi,” dan amnya dari pengalaman berpemimpinkan Dolah Kerajaan Tiga Beranak selama
Penyimpul insiden -- rupa-rupanya Ahmad Ismail tidak salah! Sebaliknya akhbar Cina yang sudah “gasingkan” cerita.
Mana Dolah dan Najib mahu letak muka? Krisis sekelumit begitu pun tidak terkawal. Kebolehan dan kreativiti menangani masalah nampak setaraf “Satpam” Nepal. Apatah lagi membendung krisis besar seperti “coup de tat sesudah tarawih”? Sampaikan DYMM Agung pun sudah bertanya khabar. (Klik di sini untuk spekulasi menarik tentang sebab musabab).
Dah-dah lah tu Dolah. Turun lah.
II. Darihal Anwar
Setahu saya, sehingga hari ini Anwar Ibrahim secara rasmi masih belum lagi menganggotai Parti Keadilan Rakyat. Atau dalam kata lain, sejak dibuang dari UMNO 10 tahun lalu hingga pagi 10 hari lagi menjelang September 16, Anwar masih belum lagi isi borang keahlian PKR.
Penyokong mungkin melihat Anwar itu logos PKR– penjelmaan idealisme PKR itu sendiri: tetapi hakikatnya kedudukan Anwar Ibrahim dalam PKR adalah saling tidak tumpah status Ibrahim Ali dalam PAS; kedua-dua menang bertanding pilihan raya atas tiket parti pembangkang tanpa jadi ahli parti. Ibrahim tidak pernah masuk PAS. Dan Anwar pun tidak pernah masuk PKR.
Mengapa begitu? Dalam kes Ibrahim, adalah satu rahsia terbuka dia masih mengasihi UMNO. Tetapi apa pula gerangannya dengan Anwar dan UMNO?
No comments:
Post a Comment