Mesej yang saya
Namun sayang, dalam mengurus kekayaan itu, kita telah bersikap persis imej stereotaip Arab Badui
Bunyi subsidi sana sini, sebenarnya entah siapa yang disubsidi.
Kita sudah tidak tanya itu semua. Asalkan ada duit masuk, kita happy. Dan setentunya kita tidak pernah rasa perlu mengambil berat untuk mengurus hasil jualannya ke tahap optimum.
Itu satu bab.
Dalam bab yang lain pula, punca inflasi yang sedang berlaku kini ialah kenaikkan mengejut harga petrol. Di mana kenaikkan mengejut ini berlaku kerana Dolah Badawi telah arah tarik balik subsidi petrol yang didakwa bernilai sekitar RM46 bilion/setahun.
- Angka Subsidi Berbaur Tahyul
Frasa “subsidi petrol” itu sendiri mengundang 101 keraguan bila disebut.
Masalah besar sehubungannya ialah – tiada siapa tahu berapa jumlah sebenarnya! Melibatkan berapa bilion ringgit setahun sebenarnya? RM7 bilion? RM10 bilion? RM19 bilion? RM46 bilion? Berapa?
Sehubungan ini nampak sangat Kerajaan Tiga Beranak Dolah Badawi telah bertindak berpandukan f-a-n-t-a-s-i. (Syukur, Ya
Jumlah subsidi, itu satu hal.
Hal kedua, saya ragu sangat-sangat samada angka-angka yang dikaitkan dengannya betul-betul dibayar. Maksud saya, samada betul duit telah mengalir keluar dari poket. Kalau setakat main silap mata perakaunan campur-tolak angka, maka itu bukan subsidi namanya.
Sedutan penjelasan yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Analogi kepada maksud saya di sini ialah nilai hantaran yang disebut bila seorang lelaki masuk meminang. Bakal bapa mertua kata “hantaran sebenarnya RM30,000 tapi aku bagi kamu subsidi. Aku tolak kos makan minum anak aku dari kecil sampai besar RM20,000. Tolak RM5,000 ‘susut nilai’ sebab tunang pertama anak aku dulu dah usung ke hulu ke hilir selama dua tahun. Kamu bawa hantaran RM5,000, cukup.”
Sehubungan anekdot di atas perhatikan bahawa segala ketentuan tentang harga asal, ketentuan tentang kos sara hidup, dan susut nilai, adalah bergantung kepada ilham dan fantasi satu pihak.
Begitu juga dengan item-item yang dimasukan ke dalam perkiraan harga runcit petrol. Hanya satu pihak (kerajaan) yang mendefinasikan apa item yang hendak di campur, dan kemudian hendak di tolak. Dalam bab ini, kalau setakat nak jadi pembangkang yang lantang, kita boleh pertikaikan setiap angka yang diletak.
Kononnya, bajet gila-gila untuk tahun 2009 yang Dolah Badawi tawarkan adalah bertujuan mengatasi kesan inflasi yang sedang berlaku. Hingga terpaksa menanggung belanja mengurus ke tahap RM154 bilion – melonjak RM25.4 berbanding tahun 2008!
Itulah dia tuan/puan pembaca budiman. Yang dikatakan “masalah” subsidi petrol hanyalah berjumlah sekitar RM10-15 bilion/tahun. Angka ini pun entah-entah hanya angka perakaunan atas kertas yang tidak melibatkan alirtunai.
Tapi yang aneh, Dolah dan Menantunya tidak mahu selesaikan apa juga masalah berbangkit dengan memberi semula subsidi tersebut. Sebaliknya Dolah sanggup gali lubang yang lagi besar, berbelanja RM25.4 untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya boleh lenyap dengan keluar duit hanya RM10-15 bilion.
Di mana kewarasan dalam situasi ini?
Kita rumus apa masalah negara akibat mendokong Kerajaan Dolah Badawi Tiga Beranak.
- Negara dilanda inflasi kerana harga petrol naik mendadak.
- Harga petrol naik kerana Dolah Badawi buat keputusan mansuh “subsidi petrol” yang dia dakwa kerajaan tiba-tiba tidak mampu tanggung.
- Masalah dengan dakwaan “tidak mampu terus tanggung subsidi” ialah jumlah sebenar subsidi petrol adalah kabur. Tiada satu pihak berotorti di negara ini yang boleh jelaskan jumlah subsidi yang setepatnya.
- Implikasi di sini ialah Dolah Badawi, Anak & Menantunya buat keputusan melibatkan kepentingan negara dan kesejahteraan awam atas premis, pertimbangan, yang tidak tentu hujung pangkal.
- Di masa yang sama hasil jualan minyak mentah negara nampaknya berbeza, jauh lebih rendah, dari hasil yang sepatutnya jika dijual pada harga semasa minyak mentah dunia.
Jika kerajaan
Sengaja tidak dibuat begitu kerana ada pertimbangan lain? (Ya lah, pengalaman kebas duit rakyat Iraq and got away with it pun dah ada, kan?
1 comment:
saya ambik semua artikel tentang budget 2009 nie untuk disiarkan di dppwp.wordpress.com.
TQ. Atas penulisan yang menarik
Herman Samsudeen
Post a Comment