Diakui saya hanya seorang blogger liga kampung.
Namun, dalam pada itu pun, dalam tempoh dua tahun ber-blogging, terlalu acap saya terima “maklumat dalaman,” banyaknya melalui e-mail dan sering melalui sms.
Dulu pada peringkat awal saya terima mesej-mesej seperti yang difotokan di atas, saya jarang ambil apa-apa tindakan, sebaliknya abaikan, atau kadang-kadang jika mesej berbunyi terlalu ‘bergetah’ saya kongsi maklumat tersebut dengan sahabat-sahabat rapat.
Hinggalah satu hari seorang kolonel pencen yang sepanjang kerjayanya berkhidmat dengan Kor Risik memberi saya beberapa petua untuk menilai maklumat. Ringkasnya, selepas itu saya memberi gred kepada semua maklumat ‘pelesit tanpa tuan’ yang saya terima.
Tazkirah Ramadan. “khianat”, pd 8hb Sept 08, Pa Ali n TG Hadi flight sama ke KL, Tak Hadir mesy P.Rakyat tapi jumpa P… utk apa?, jangan tipu Rakyat Malaysia. Sebarkan
Contohnya, untuk maklumat di atas, saya berikan gred ‘A’.
Mengapa begitu liberal saya memberi gred, atau dalam kata lain, saya percaya kesohihan maklumat tersebut tanpa waswas? Jawabnya cukup mudah.
Antara lain, saya telah pun mengesyakki sesuatu tidak kena bila berita tentang mesyuarat Pakatan Rakyat minggu lepas tidak menyebut kehadiran Haji Hadi Presiden PAS.
Diberi sebegitu ketat UMNO ‘mengepung’ Haji Hadi melalui Mustafa Ali, pembaca boleh menjangka sesuatu ‘kejutan’ seputar kekuda PAS terhadap Pakatan Rakyat akan meledak pada September 14, yakni hari Jawatan Kuasa PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat.
Selamat meneka dan selamat bersahur.
4 comments:
semoga tuan, keluarga dan keturunan di kurniakan kebahagiaan dan kejayaan sejati dunia dan akhirat..
juga semuga dikurniakan nikmat Laila-tul-Qadar.
dah habih agaknya kaum M sebokkan diri dengan 'politik semasa'..
berapa ramai agaknya.. %
berapa ramai seperti gambar dibawah..
tinggal berapa ramai lagi le yang tolong:
emak jual kueh, pisang..
bapak tangkap ikan, udang..
keluarga tanam sayur, kacang, padi..
ambil kerja-kerja kontrak..
jadi akauntan, pta, ptd..
jadi peguam, doktor, jurutera..
jadi penyelidik, professor..
jadi logger, pengeluar perabot, bot..
jadi pembeli emas, berlian, scrap..
dan macam-macam jadi lagi ' tauke ' di negeri sendiri..
atau bior le jadi kuli dan tukang penuhkan kedai kopi..
Sempena bulan Ramadhan dan juga pd bulan2 yg lain, tak baik berburuk sangka.
Muqabalah dengan sesiapa pun, harap Islam yg menang.
Boleh rujuk blog zulkifli sulung berhubung no yang tertera dalam paparan gambar di atas.
http://zulsulung.blogspot.com/2008/06/siapakah-yang-hendakkan-sangat.html
TakSukaBuatFitnah kata;
Aikk , satu SMS jer , tah dari sapa2, entah saudara selidik atau tidak betul ke tidak maklumat tuh , TERUS SAJA SAUDARA SEBARKAN BERITA NIH KE KHALAYAK RAMAI ?
kalau berita sms tu tak betul , dalam islam , ianya disebut FITNAH , kalau benda FITNAH disebarkan oleh orang , orang tu di gelar PENYEBAR FITNAH ...ish ish ish ...
SLOGAN MERDEKA TAHUN NIH PATUT DITUKAR CAMNI
" FITNAH MEMBAWA KE NERAKA , MARILAH KITA HENTIKANNYA "
FIKIRLAH WAHAI MANUSIA YANG BERAKAL !!!
Post a Comment