Thursday, September 11, 2008

PAS Terengganu Keluar Baris Demi Abdullah Badawi & UMNO-nya?

Hujah penubuhan kerajaan baru pada September 16 (atau tarikh lain yang terdekat) oleh Anwar Ibrahim adalah mustahil, tidak boleh berlaku kerana parlimen tidak bersidang adalah karut!

Ini kerana mengikut Artikel 40a, Kurungan (2), sub-kurungan (a), Perlembagaan Malaysia, kuasa melantik seorang perdana menteri itu adalah semata-mata di atas perkenan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agong.

Article 40a

40a.

(2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say –

    • (a) the appointment of a Prime Minister;

Seterusnya kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan bagi DYMM Agong memilih seorang Perdana Menteri bukanlah takluk kepada hari apa, atau musim mana, sebaliknya tertakluk kepada kausa yang beri oleh Artikel 43, Kurungan (2), sub-kurungan (a) yang berbunyi.

Article 43

(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say -

    • (a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and

Maksud jelas yang menerkam bila Artikel 40(a) dan 43 dibaca bersama ialah: DYMM Agung boleh lantik ahli parlimen mana yang Tuanku berkenan, yang dalam pertimbangan Tuanku si-polan itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Yang mana implikasi praktis Artikel 40(a) dan 43 dalam konteks polemik panas dewasa ini – samada Anwar Ibrahim mampu merealisasikan objektif ‘September 16’ – adalah tersangat mudah: DYMM Agong pada bila-bila masa boleh melantik Anwar Ibrahim (hatta orang lain) sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Tuanku dapati Dolah Badawi itu sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Tidak terkecuali apa juga pendapat UMNO yang dibawah tenyehan Dolah Badawi, atau Mustafa Ali jurucakapnya dalam PAS.

Langsung membawa saya ke poin kedua tentang isu hari ini.

Di manakah batas gunapakai ungkapan “bercakap atas kapasiti peribadi” bagi seorang pemimpin? Khususnya bagi seorang pemimpin parti politik?

Adakah dengan menggunakan frasa itu sebagai pelapik bagi pendapatnya yang bercanggah dengan pendirian rasmi parti, pemimpin itu merasakan dia telah menghormati displin parti?

Utusan Malaysia

Kerajaan baru mungkin tidak berlaku

KUALA TERENGGANU 10 Sept. – Penubuhan kerajaan baru oleh pakatan pembangkang pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pengamatannya sebagai pengamal dan penganalisis politik, beliau secara peribadi membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada tarikh itu berikutan kekangan faktor teknikal dan politik.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, Pakatan Rakyat memerlukan PAS. Dan hari ini jelas tesis ini bukan laku setakat memperihalkan survival Pakatan Rakyat, tetapi sama penting dalam skema kelangsungan hayat politik Abdullah Badawi dalam UMNO.

Makrifahnya Abdullah dan UMNOnya sudah diasak hingga ke penjuru. Demikian itu dalam meronta mendapatkan ruang bernafas (dan mengalih pandangan) segala aset dan senjata sulit yang ada digunakan. Maka berkokoklah Mustafa Ali.

Tetapi dalam cuba menolong Abdullah menyakinkan Malaysia dan mata dunia bahawa kedudukan Abdullah masih padu, ejen UMNO dalam PAS ini lupa bahawa keupayaan inteleknya agak terbatas.

Mustafa Ali yang semasa mudanya pernah mengidap ‘nervous breakdown’ (gila sungguh atau gila buat-buat, tidak dapat ditentukan) setelah parti menugaskan beliau berdebat dengan Kassim Ahmad (pengasas gerakan anti hadith Malaysia), sepatutnya tidak bercakap hal-hal teknikal yang perlukan penggunaan intelek.

Tambah pula bercakap songsang tentang isu yang sudah diputuskan dalam muktamar – yakni referandum ahli dan penyokong PAS – baru baru ini.

Muktamar merumuskan PAS akan melakukan segalanya untuk memperkasakan, menjayakan, Pakatan Rakyat. Maka itu apakah halnya dengan Mustafa Ali yang bercakap derhaka kepada suara keramat itu?

11 comments:

Unknown said...

Aku ingat nak jerit kuat-kuat pasal posting hang yang ni dalam blog aku.

Tak berani aku!

Anonymous said...

Ya, memang Yang DiPertuan Agong ada kuasa melantik seorang perdana Menteri jika baginda perkenankan tapi sekiranya baginda tak perkenan kepada Anwar, tetap tak boleh jadi PM juga... Yang DiPertuan Agong sudah pasti mahu seorang PM yang betul-betul mampu memimpin negara dan pastinya bukan seorang pembohong seperti Anwar...

Unknown said...

anonymous pukul 3:53 PM, marah bebenor kamu ngan Nuar yer. Bagi 30 dalil Nuar kaki belit.

Anonymous said...

Syabas saudara. Satu penerangan yang sugguh tepat. Saya harap semua orang fahamlah betul2. Terutama sekali Cik Gu Pa.


orang Langat.

Unknown said...

mak ai tindak-laku cikgu Pa memperagakan dirinya sebagai ejen UMNO merangkap jurucakap Dolah dalam PAS bikin satu Malaya celaru brader. lu betul brutal.

dan kesian kat budak Denan tuh... sehari lepas ko tunjuk dia sebagai "projek sulung" anak didik politik Dolah.. trus tarik diri daripada bertanding sebarang jawatan dalam Pemuda... dengan alasan takut tak terbawak.

Anonymous said...

wakpe mu kate gitu.kalu cikgu pa jurucakap umno baik singkirkan je.orang atasan x bunyi ape pun,
tra mu coment dalam blog dia plak naper ye kate?

Anonymous said...

It has nothing to do with Chinese. It has to do with malays versus the world.

So what if all Chinese left Malaysia, malays still have to compete with the rest of world. Malays can still be "conquered" by foreigners. You cannot escape competition.

Malays still have to learn how to live and work with the rest of world since Malaysia is a "small" country and has to trade with China and India.

Why do Chinese want to conquer and control Malaysia? It is so small. Chinese wants to be global competitor. We do not want to be "Jaguh" Kampung.

The choice lay with malays. Learn to compete or suffer the consequences. That is the universal value of the world.

Anonymous said...

Really?

So what about UK lands in the Peninsula? What was that called Tanah UK?

And what about the 4 northern states that belonged to Thailand, that the Sultan groveled to the UK to take back? Tanah Thai?

And previous to that all the lands owned by Portugal and Holland? Tanah Portugal and Holland?

And how about the fiefdom of Raja Brooke in Borneo? Tanah Brooke?

Each state may have had its own Sultan and government but that does not = Malaysia!

If Malaysia was your own land to control then how come we had to have independence? I suppose Umno teach you that you have to declare independence from yourself?

Stupidest thing I ever heard!

You should go study Malaysia history, real Malaysia history not that doctored Umno garbage!

Anonymous said...

True enough, Article 153 of the 1957 Federal Constitution does provide for the special position of malays, natives of Sabah and Sarawak, and other marginalised groups.

However, what this special position means is open for debate.

Some believe it merely meant socio-economic position, one that changes dynamically and hence can be renegotiated.

Further, pre-independence documents - the Cobbold Commission Report, the Federation of Malaya Constitutional Proposals and the Reid Commission Report - reveal that this position was meant to be temporary.

The "special right" of malays was therefore understood not as a God-given mark, but recognition of socio-economic status until such a time this could be elevated.

abdrahim kassim said...

Tapi yang payahnya Mustapa Ali jadikan Haji Hadi Buldozer untuk tindakannya.

Orang PAS kena hati-hati

http://rahimkassim.blogspot.com/

Anonymous said...

SALAM LAILATUL QADAR DAN BADAR AL-QUBRA.

Apa macam kalau terjadi begini:

" Beta perkenan melantik Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi sebagai Perdana Menteri Beta"

Macam mana kalau Agong bertitah sedemikian. Selain dari majoriti kerusi dalam pilihan raya, jangan lupa kuasa dan peranan raja-raja Melayu dalam perlembagaan negara.

Lihat sahaja di Terengganu dan Perlis. Yang nama yang dicadangkan, tetapi lain nama yang diperkenankan oleh Raja.

bagi diri ambo. ambo tetap percayakan pemimpin ambo, bukan pemimpin orang.

Kalau pemimpin ambo menipu, apakah pemimpin orang lain rak menipu.