Ya, dan saya pun boleh bayang betapa gegak gumpitanya sorak yang akan menyambut hari itu. Hari rakyat
Selain itu apa lagi yang patut saya pestakan? Pengukuhan kuasa Melayu dalam pentadbiran negara? Pengukuhan kuasa Islam dalam pentadbiran negara? Tentunya tidak.
Kita mungkin berjaya tendang keluar gabungan bangsat Dolah Badawi, Anak Jantannya, Menantunya, Kalimullah dan Vincent Lim dari tampuk kuasa, dari Tingkat 4, tapi sebenarnya secara metafora, kita sekadar berjaya melompat keluar dari kawah, untuk tergolek masuk ke dalam api.
Jika benar terjadi 30 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat, secara otomatik kuasa Melayu dan sekaligus dengannya aspirasi Islam dalam pentadbiran negara akan terhakis.
Sehubungan dengan lompatan yang dinanti ini, senario paling asas yang boleh dibayangkan ialah setiap negeri menyumbangkan 15 ahli parlimen.
Diberi taburan bangsa (ugama) ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak, adalah berpatutan untuk dibayangkan kumpulan yang melompat itu datang dengan komposisi berikut: 11 Melayu (Islam), 6
Apa yang bakal terhasil dari lompatan ‘Kumpulan 30’ ini ialah Pakatan Rakyat mempunyai 112 ahli parlimen berbanding Barisan Nasional dengan 110 – yakni Pakatan Rakyat mendahului dengan majoriti dua kerusi!
Tetapi masalahnya bukan pada majoriti dua kerusi.
Sebaliknya “ibu segala masalah” yang bakal menghantui pentadbiran Anwar Ibrahim terletak kepada peratusan kuasa Melayu-Islam dalam skema kuasa keseluruhan.
Dalam skema baru yang bakal terhasil, suara Melayu-Islam cuma berada di tahap 48%, malah mungkin lagi kurang dari itu. Diberi formula ini, bila-bila masa aspirasi Melayu-Islam boleh di over rule, diketepikan, dibenamkan.
Saya tidak jangka Anwar Ibrahim akan berjaya, hatta dapat bertahan lama meniti buih politik kenegaraan sebegini. (Khabarnya Anwar Ibrahim pun sedar tahap akut – acute -- akan realiti ini)
Hakikat manusia itu mudah. Kita boleh terima banyak benda secara intelek, terima di peringkat akal. Tetapi untuk benda yang sama dari segi emosi, kita langsung tidak boleh terima.
Contoh mudah adalah hantu. Di peringkat intelek, di peringkat akal kita mungkin tidak percayakan hantu. Tetapi
Begitu juga dengan status dan layanan selesa sebagai Melayu-Islam yang dikecapi selama ini. Orang Melayu-Islam masih lagi belum terantuk.
4 comments:
Cuma ingin bertanya. Pada perkiraan hamba, Sarawak ada 8 ahli Parlimen Islam sahaja. Mungkin hamba tersalah kira. Boleh sebut nama2 mereka.
Terima kasih.
Oh ye, Datok Leo Michael Toyad sudah masuk Islam ye? Jika ya, sudah 9, lagi satu hamba tak jupe.
Salam Ramadan..
Inilah sebenarnya senario yang amat membimbangkan jika Anwar berjaya membentuk kerajaan baru dengan melompatnya MP BN dari Sabah dan Sarawak ke dalam PKR. Adakah kududukan Melayu dan Islam akan terancam dengan pembentukan ini? Siapa yang harus dipersalahkan jika ia benar-benar berlaku? Rakyat sepatutnya berfikir secara positif dan mendalam dalam hal memilih pemimpin. Jangan hanya kerana tak suka dengan pimpinan sekarang, maka mereka dengan tyanpa berfikir panjang terus memilih pemimpin yang dah nyata 'terbuka' kepada semua kaum... Fikirkan semula...
Sdr Mazwandi,
Senarai MP Islam/Melayu Sarawak mengikut perkiraan saya adalah seperti berikut.
P193 - SANTUBONG Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN - PBB) Melayu
P194 - PETRA JAYA Fadillah Yusof (BN - PBB) Melayu
P197 - KOTA SAMARAHAN Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (BN - PBB) Melayu
P200 - BATANG SADONG Nancy Shukri (BN - PBB) Melayu
P201 - BATANG LUPAR Rohani Abdul Karim (BN - PBB) Melayu
P202 - SRI AMAN Masir Kujat (BN - PRS) Melayu
P206 - TANJONG MANIS Norah Abdul Rahman (BN - PBB) Melayu
P207 - IGAN Wahab Dolah (BN - PBB) Melayu
P218 - SIBUTI Ahmad Lai Bujang (BN - PBB) Melayu
P221 - LIMBANG Hasbi Habibollah (BN - PBB) Melayu
Saya tidak masukan Leo Michael Toyad dalam senarai kerana seperti dicatitkan, saya menggunakan bunyi nama "Islam/Melayu" sebagai panduan untuk klasifikasi.
Salaam.
Post a Comment