Sunday, September 21, 2008

Sesudah Pak Lah: Masihkah UMNO Mahu Muzakarah Dengan PAS?

Untung sabut timbul ...

Rata-ratanya warga Malaysia yang prihatin akan perkembangan politik negara bersependapat bahawa Pak Lah akan letak jawatan secara terhormat pada bila-bila masa sebelum tanggal 10, Oktober 2008.

Dan kalau meronta pun dia, paling lewat di penghujung bulan Disember selepas Perhimpunan Agung UMNO, Pak Lah tetap akan jadi sejarah.

Sesudah itu apa yang saya fikirkan patut untuk dibayangkan ialah Tun Dr Mahathir akan menganggotai tim penguasa UMNO yang baru, terbabit baik secara langsung mahupun secara remote control.

Bentuk penglibatan Tun Dr Mahathir itu tidak penting – samada dilantik Menteri Mentor dan/atau pengerusi Majlis Penasihat UMNO -- tetapi apa yang lebih penting ialah bermula dari titik itu pengaruh beliau akan secara dominan mewarnai semula falsafah, keputusan dan tindakan UMNO.

Sehubungan, satu soalan yang wajar ditanya ialah, apakah sikap UMNO terhadap PAS di kala itu?

Tema besar soalan adalah mudah – di titik itu masih relevankah PAS dalam kelangsung survival UMNO? Dengan soalan-soalan rinci mengambil bentuk:

  • Masihkah UMNO mahu berganding dengan PAS menjayakan agenda Melayu-Islam?
  • Masih mahukah UMNO bermuzakarah dengan PAS?
  • Lunak kah sikap Tun Dr Mahathir terhadap Mustafa Ali? Terhadap Hassan Ali?

Bercakap menjaharkan gerak hati, saya tidak jangka UMNO yang telah pulih ke tahap 80% prestasi normalnya akan terus mengurat PAS.

Namun, kerana Tun Dr Mahathir itu adalah seorang yang unpredictable, besar juga kemungkinan beliau akan menyentap peluang untuk mengeksploitasi kenaifan fraksi ‘UMNO dalam PAS,’ di mana ego dan nafsu Mustafa Ali yang mahukan jawatan besar itu akan dibelai dan diusap, demi memastikan PAS sepanjangnya berantakkan hingga ke musim PRU ke-13.

Adegan kemuncak dalam senario ini ialah UMNO mengarahkan agensi-agensi perisikan negara menolong fraksi UMNO dalam PAS pimpinan Mustafa Ali mengenyah keluar fraksi Erdogan dari PAS semasa muktamar pemilihan PAS tahun depan.

Senario mana pun yang menjadi realiti, apa yang saya nampak sebagai penyudah yang logikal ialah PAS Kelantan tumbang dalam PRU ke-13. Dengan Selangor, Perak dan Kedah mengharungi nasib yang sama dilalui PAS Terengganu dalam tahun 2004.

Kecuali, Anwar Ibrahim dapat memintas kebangkitan UMNO menyingkir Pak Lah.

4 comments:

taipingmali said...

Pak Lah seorang manusia yang berbaik sangka. walaupun dia tahu hatii Pas tu tebal dan sukar di ajak berunding tetapi Pak Lah masih berusaha.

Jadi kemudian hari Pas tidak boleh menyalahkan Pak Lah bila mereka sudah jatuh ke dalam lubang jahanam.

Pesanan dan dakwah Pak Lah sudah pun di sampaikan cuma mereka yang ingkar. macam lah kisah nabi lut.

Lepas ni kita boleh biarkan Pas dengan keseronokan mereka yang hari-hari berlibur bersama kafir harbi DAP.

Mereka sudah lupa hukum Allah. Dulu semua haram. kini semua halal.

Nevada said...

taipingmali,

apabila kita menjalinkan perhubungan dgn sesuatu kaum/golongan/puak/kumpulan, maka kita hendaklah melihat lebih drpda permukaan - iatu bukan setakat kaum/golongan/puak/kumpulan tersebut islam atau kafir.. kerana, kafir ada yg zimmi dan ada yg harbi, dan islam itu ada yg amanah dan ada yg munafik.. maka, islam yg munafik macam UMNO itu lebih buruk drpd kafir yg zimmi macam DAP...kerana yg munafik itu nyata boleh menikam belakang bila2 masa...
sepanjang zaman, islam itu telah dirosakkan oleh UMNO, sedangkan DAP hanya setakat bising2 sahaja...

Anonymous said...

Salam..

2010..hidup lagi ke Che Det tu?

Salammm

taipingmali said...

mat die kena baca blog saya di bawah tajuk DEMOKRASI DAN ISLAM. baru lah anda tahu siapa yang merosakkan aqidah ? Pas hari ini bukan saja rosak aqidah tetapi telah menyeleweng dari dasar Islam sunnah waljamaah. Hari ini Pas telah diresapi oleh Syaih yang ingin memporak perandakan sunnah di Malaysia,