Ingat lagi banjir yang melanda Johor pada tahun 2006? Betapa Dolah menghilang diri hilang dari tapak aksi? Bersantai dia di
Ingat betapa sakit hati kita rakyat dibuatnya; memerhatikan gelagat dan songgel pemimpin yang tidak prihatin?
Berpunca di situ agaknya, serta rancangan Dolah menjual Johor kepada Singapura dalam pakej yang dipanggil ‘Wilayah Pembangunan Iskandar,’ keputusan PRU ke-12 untuk negeri Johor telah mencatit rekod undi rosak sebanyak 321,885 undi.
II. Khalid Ibrahim
Alasan Khalid tidak melawat sekitar 1,000 keluarga mangsa ribut di Kapar, Kelang ialah kerana beliau tidak mahu bazir masa serta wang. Apatah pula dia punyai deretan pembantu yang boleh bereskan tugasan remeh itu. Bravo! Bertuah rakyat Selangor dapat seorang Menteri Besar yang petah lagi pragmatis.
Penaakulan ekonomi Khalid ternyata hebat. Malah telah mencetus satu dimensi baru dalam pemikiran ekonomi – dimensi nilai ringgit kedukaan dan simpati. Tidak terkejut saya jika Universiti Industri Selangor (Unisel) kelak menerokai secara serius akan sub-bidang baru ekonomi ini.
III. Gwo-Burne Loh
Ahli Parlimen Kelana Jaya ini adalah antara manusia paling instrumental dalam skema pendakian Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri
Dalam berterima kasih kerana membekalkan bahan bakar menyemarakkan agendanya, Anwar telah menitahkan supaya anak bujang ini dicalonkan ahli parlimen PKR. Bersimbung titah dengan sentimen
Seperti ramai anak muda sekular sebaya beliau, peluang menonton persembahan bintang pop taraf dunia seperti Avril Lavigne adalah suatu godaan yang teramat sukar untuk tidak dituruti. Justeru itu belajarlah dia akan hakikat seorang politikus – bungkuskan motif kepentingan diri mu itu dengan cakap-cakap idealisme yang lebih besar serta murni.
Dalam kes Gwo-Burne Loh, tidak cukup dengan kehadiran polis dari hampir semua cawangan memantau konsert tersebut, dia menyatakan keterpaksaan menjadi saksi konsert Avril Lavigne untuk memastikan tiada kacau bilau berlaku. Justeru dia mewakilkan kehadirannya di mesyuarat Persatuan Penduduk Subang Jaya yang kebetulan diadakan pada waktu yang sama.
Sekali lagi – Bravo dan Syabas buat PKR. Wakil-wakil rakyat kamu orang memang pelajar-pelajar cerdas. Fast learners. Sebelum kamu orang, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional pun rata-ratanya begitu juga.
No comments:
Post a Comment