Friday, September 19, 2008

Dua Pilihan Untuk Pak Lah -- Anwar atau Najib

Lah, 10 pencalonan pun you tak akan boleh dapat …

Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara telah meminta Pak Lah letak jawatan. Bertolak dari situ Pak Lah kini hanya ada dua pilihan; satu pilihan tulen dan satu pilihan palsu.

Andaikan, saya yang bukan ahli UMNO, seorang jahil politik yang terperap di Kelantan ini tahu apa mood semasa mensyuarat MT UMNO yang berlangsung pada petang September 18. Demikian itu izin saya perturunkan satu cadangan ikhlas.

Pak Lah mengaku kalah

Menyerah kuasa kepada Najib nampak macam satu pilihan, tetapi sebenarnya bukan. Ia adalah seperti menanda tangani waran hukuman mati untuk Khairy dan Kamaluddin. Dengan menyerahkan kuasa kepada Najib, dijamin kalau tidak pun Najib, orang-orangnya akan pancung dan kuburkan cita-cita politik Khairy, dan empayar perniagaan Kamaluddin akan dicincang lumat.

Muhyiddin menang

Itu belum lagi diambil kira nasib yang bakal menghempap penyokong-penyokong setia Pak Lah di seluruh negara. Seumpamanya, apa akan jadi pada Azalina? Pada Nazri dan karektor-karektor lain yang selama ini menonjol dalam mendokong dan membela Pak Lah?

Mengapa saya berani buat telahan sedemikian? Ada dua sebab.

  • Pertama, menyerah kepada Najib bererti Pak Lah telah kalah mutlak dan terpaksa melutut kepada tuntutan fraksi dalam UMNO yang menyimpan terlalu banyak dendam terhadapnya.

  • Kedua, jika pun semula jadinya Najib itu bukan seorang yang menyimpan dendam, Pak Lah harus ingat bahawa Tun Dr Mahathir yang bakal masuk semula UMNO sebaik saja Pak Lah meletak jawatan, akan himpit rapat dan bernafas di atas batang tengkok Najib untuk memastikan Najib bertindak memuaskan kehendak ‘suara ramai’ dalam UMNO.

The old despot returns

Anwar adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah.

Berdamailah dengan Anwar dan yakinilah hati budi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang dari PAS. Selama ini mereka mungkin telah menampilkan diri sebagai saingan politik yang garang, tetapi hati budi mereka sebenarnya lembut, kerana mereka lazimnya dipandu al-Quran dan hadith.

Jika Pak Lah tidak yakin dengan pemimpin PR yang lain, Pak Lah pandang sajalah kepada Tuan Guru Nik Aziz. Kenangkan rekod beliau sebagai pemimpin. Pernahkan TG Nik Aziz menganiaya seteru politik yang kalah?

Anwar terhutang budi dengan Pak Lah, itu saya tidak perlu perincikan. Maka itu berkompromilah dengan Anwar. Bincanglah syarat dan terma yang Pak Lah rasa selesa dan selamat, bukan setakat untuk Pak Lah, tetapi juga untuk Khairy dan Kamaluddin. Saya yakin Anwar adalah terlalu bersedia untuk mempertimbang dan memberi ruang.

Pak Lah sudah kesuntukan masa untuk berfikir. Pak Lah perlu bertindak sekarang. Dail saja nombor itu.

3 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Takut-takut nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan... atau sudah pun di tamatkan perkhidmatannya...

macam mana?

Salam mesra...

Anonymous said...

Pak Lah mempunyai strategi sendiri dalam menguruskan perjalanan pentadbirannya. Siapa yang beliau akan pilih untuk jadi pengganti, itu adalah hak beliau. Sekiranya Pak Lah menyerahkan jawatan kepada Najib dalam masa terdekat atau sebelum 2010, belum tentu UMNO akan kuat semula. Jika Pak Lah pilih Anwar maka secara automatik UMNO akan hancur. Sudah tentu Pak Lah akan buat keputusan secara rasional. Bukan boleh main hentam je...

Nevada said...

di dalam perlumbaan lari ini, maka Najib akan kedepan. jikalau Najib kedepan, maka saya rasa Anwar mengalami kesukaran utk mencapai garisan penamat terlebih dahulu.. pada peringkat ini saya merasakan cita-cita Anwar semakin jauh.... Oleh yg demikian jikalau PakLah menuntut syarat Puteri Gunung Ledang sekalipun, Anwar akan terima!!